Alatan Menulis

1) MENGENAL ALAT-ALAT TULIS KALIGRAFI ISLAM


Diakhir pembelajaran, murid dapat :
1) Mengenal alat-alat tulis kaligrafi Islam.
2) Mengasah atau meraut alat-alat tulis dengan betul.
3) Menggunakan alat-alat tulis dengan betul (cara memegang).




2) ASAS-ASAS PENULISAN KHAT




1- Pena Resam & Buluh 
Selain itu, pensel, pemadam, pisau, liquid paper, pen marker, pembaris, set geometri. Sebelum menulis biasanya dilakar dahulu menggunakan pensel, dan yang terbaik gunakan pensel HB (yang kurang pekatnya).





2- Kertas  
Kertas, buku latihan dan pelapik menulis. Sebaiknya gunakan kertas yang agak tebal, licin dan memudahkan pengeringan dakwat. Pelapik digunakan bagi menghalang kekasaran pada permukaan meja dan disyorkan pelapik yang digunakan mempunyai grid.


3- Dakwat 
Dakwat yang terbaik ialah yang mempunyai kehitaman yang maksimum, cepat kering ketika di atas kertas. Antaranya seperti Holbien, Faber Castell, Calligraphy dan seumpamanya.




4- Buku Rujukan (Qawaid) 
Buku Panduan dan latihan. Setiap buku panduan mempunyai pendekatan tersendiri mengikut budaya penulisan negara masing-masing. Penulisan khat yang terbaik adalah yang mengikut kaedah. Keseniannya dapat dilihat dengan penggunaan kaedah yang tepat. Oleh itu, rujukan amat perlu dalam mempelajari seni khat ini, cara yang terbaik adalah dengan berguru.





No comments:

Post a Comment