Sunday 12 August 2012

Dakwat Pena (3)


Kelebihan Lailatul Qadar

Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan” -Hadis riwayat Iman Bukhari r.a.

Mengapa kita harus mencari Lailatul Qadar? Jawapannya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan (Kira-kira 83 tahun 3 bulan)

Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat. Sinaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.



Demonstrasi Teknik Menulis Huruf Ba Nasakh :


Dakwat Pena (2)


 
Assalamualaikum buat pengunjung / pembaca yang saya kasihi sekelian... Ingin saya maklumkan disini bahawa laman blog ini diwujudkan adalah kerana ingin menyempurnakan tugasan bagi subjek Teknologi Pendidikan II, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 

Dakwah melalui penulisan adalah sebahagian cabang dakwah yang berpengaruh dewasa ini. Antara ruang-ruang yang boleh dimanfaatkan seperti menulis tazkirah ringkas menggunakan ruang teknologi maklumat seperti email, blog, web dan lain-lain. Seni dalam Islam adalah kerana Allah untuk manfaat manusia, makhluk dan juga alam sekitar. Pengaruhnya juga sebagai altenatif penting dalam penyebaran da’wah bi al-hal.

Penulisan blog ini berkaitan dengan keindahan seni kaligrafi Islam. Sasaran saya adalah untuk murid-murid tahap 1 di SRA/SRAI/KAFAI JAIS khususnya untuk menguasai dalam kemahiran khat. Nota pembelajaran yang ingin saya kongsikan untuk semua adalah asas permulaan untuk mempelajari seni khat ini. Walau bagaimanapun, ilmu ini bukan sahaja untuk murid-tahap 1 di SRA/SRAI/KAFAI JAIS, bahkan untuk sesiapa sahaja yang ingin mempelajarinya tidak kira peringkat usia. 

Contoh Kad Raya Aidilfitri
Contoh Kad Ucapan Aidiladha
Tengok??? Dah terbukti bahawa khat ini sangat-sangat penting dan diguna pakai oleh masyarakat. Tidak kira lah untuk kad Hari Raya ke, Hari Lahir ke... Malah masjid dan sekolah juga pasti akan dihiasi dengan keindahan seni khat. 

Wednesday 4 July 2012

Dakwat Pena (1)





Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah s.w.t. Fungsi seni ini tiada bezanya dengan akal manusia supaya menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Ini kerana sifat-sifat tabi’i dari alam menghubungkan dengan kesucian Allah. Secara tidak langsung ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan pencipta-Nya.


Persediaan Menulis Khat
1- Persediaan Mental
2- Persediaan Fizikal

Kepentingan Kepada Individu:
• Khat merupakan 1 wasilah perhubungan antara manusia dengan manusia, bagi merealisasikan urusan kehidupan dengan sempurna.
• Khat juga merupakan wasilah dalam menghasilkan harta benda dinisbahkan kepada seni khat yang halus dengan sebab kepakaran penulisnya.
• Menyintainya bagi orang yang merasai dengan perasaan kejiwaan yang halus.

Kepentingan Kepada Masyarakat:
• Khat merupakan pelajaran, ilmu pengetahuan, akhbar dan majalah dan ia sebagai wasilah iklan..
• Khat diaplikasi pada lukisan-lukisan kesenian, papan tanda iklan yang bersifat dakwah dan masyarakat boleh menghayati dan mempelajari kesenian khat itu di setiap tempat seperti di rumah, di jalan-jalan dan di sekolah-sekolah.
• Khat juga merupakan wasilah perpindahan ilmu turas dan ilmu pengetahuan. Kitab-kitab banyak dihiasi dengan kulit yang indah yang ditulis pelbagai jenis khat semenjak dahulu yang menyimpan manuskrip dan karangan penulis-penulis terdahulu.