Assalamualaikum buat pengunjung / pembaca yang saya kasihi
sekelian... Ingin saya maklumkan disini bahawa laman blog ini diwujudkan adalah
kerana ingin menyempurnakan tugasan bagi subjek Teknologi Pendidikan II, Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Dakwah melalui penulisan adalah sebahagian cabang dakwah yang
berpengaruh dewasa ini. Antara ruang-ruang yang boleh dimanfaatkan seperti
menulis tazkirah ringkas menggunakan
ruang teknologi maklumat seperti email, blog, web dan lain-lain. Seni dalam Islam adalah kerana Allah untuk manfaat manusia, makhluk dan juga alam sekitar. Pengaruhnya juga sebagai altenatif penting dalam penyebaran da’wah bi al-hal.
Penulisan blog ini berkaitan dengan keindahan seni kaligrafi
Islam. Sasaran saya adalah untuk murid-murid tahap 1 di SRA/SRAI/KAFAI
JAIS khususnya untuk menguasai dalam kemahiran khat. Nota pembelajaran
yang ingin saya kongsikan untuk semua adalah asas permulaan untuk mempelajari
seni khat ini. Walau bagaimanapun, ilmu ini bukan sahaja untuk murid-tahap 1 di
SRA/SRAI/KAFAI JAIS, bahkan untuk sesiapa sahaja yang ingin
mempelajarinya tidak kira peringkat usia.
Contoh Kad Raya Aidilfitri |
Contoh Kad Ucapan Aidiladha |
Tengok??? Dah terbukti bahawa khat ini sangat-sangat penting dan diguna pakai oleh masyarakat. Tidak kira lah untuk kad Hari Raya ke, Hari Lahir ke... Malah masjid dan sekolah juga pasti akan dihiasi dengan keindahan seni khat.
No comments:
Post a Comment