Kelebihan Lailatul Qadar
Carilah dengan segala upayamu malam
Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”
-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a.
Mengapa kita harus mencari Lailatul Qadar?
Jawapannya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan
amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000
bulan (Kira-kira 83 tahun 3 bulan)
Pada malam tersebut dengan izin
Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk
bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan
bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan
doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar
kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal
abadi iaitu di akhirat. Sinaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran
cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok
bumi pada malam Lailatul-Qadar.
Demonstrasi Teknik Menulis Huruf Ba Nasakh :