Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan,
kebesaran dan kesempurnaan Allah s.w.t. Fungsi seni ini tiada bezanya dengan
akal manusia supaya menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau
dengan alam fizikal. Ini
kerana sifat-sifat tabi’i dari alam menghubungkan dengan kesucian Allah. Secara tidak langsung ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan pencipta-Nya.
Kepentingan Kepada Masyarakat:
Persediaan Menulis Khat
1- Persediaan Mental
2- Persediaan Fizikal
Kepentingan Kepada Individu:
• Khat merupakan 1 wasilah perhubungan antara manusia dengan manusia, bagi merealisasikan urusan kehidupan dengan sempurna.
• Khat juga merupakan wasilah dalam menghasilkan harta benda dinisbahkan kepada seni khat yang halus dengan sebab kepakaran penulisnya.
• Menyintainya bagi orang yang merasai dengan perasaan kejiwaan yang halus.
Kepentingan Kepada Masyarakat:
• Khat merupakan pelajaran, ilmu pengetahuan, akhbar dan majalah dan ia sebagai wasilah iklan..
• Khat diaplikasi pada lukisan-lukisan kesenian, papan tanda iklan yang bersifat dakwah dan masyarakat boleh menghayati dan mempelajari kesenian khat itu di setiap tempat seperti di rumah, di jalan-jalan dan di sekolah-sekolah.
• Khat juga merupakan wasilah perpindahan ilmu turas dan ilmu pengetahuan. Kitab-kitab banyak dihiasi dengan kulit yang indah yang ditulis pelbagai jenis khat semenjak dahulu yang menyimpan manuskrip dan karangan penulis-penulis terdahulu.